Resepi Nasi Goreng Cina Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Cina Mudah dan Sedap


Mudah saja resepi nasi goreng cina ni. Sedap pula tu.

Bolehlah cuba dan makan panas-panas. Fuhhh, terbaiklah!


BAHAN-BAHAN:
• 600 gram nasi sejuk
• 2 sudu besar minyak masak
• 1 biji telur
• 4 ulas bawang putih, cincang halus
• 100 gram isi udang
• 100 ml sayur campur beku
• 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
• ½ sudu kecil minyak bijan
• ½ sudu kecil serbuk lada putih


CARA MEMASAK:
1. Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.
2. Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.
3. Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.
4. Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.
5. Akhir sekali, masukkan MAGGI® CukupRasa™, sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.
6. Dihidang serta-merta sementara masih panas dan dinikmati sepenuhnya.


Selamat mencuba!

Comments