Ads Top

Resepi Nasi Goreng Hailam Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Hailam Mudah dan Sedap


Nah.. Resepi terbaik Nasi Goreng Hailam lejen mari.

Kalau sedap boleh komen sini, kalau tak sedap boleh cuba resepi lain dalam laman ni.

Cubalah!


BAHAN-BAHAN:

Untuk Nasi Goreng –
• Nasi putih
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• Kicap secukup rasa
• Garam secukup rasa

Untuk Kuah Hailam –
• 1/2 kiub ayam
• 5-6 ekor udang
• 2 cawan air
• 1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
• 2 sudu besar sos tiram
• Sedikit serbuk lada hitam
• Garam secukup rasa
• Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)


CARA MEMASAK:

Nasi Goreng –
1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.
2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Kuah Hailam –
1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.