Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah dan Sedap


Orang kata kalau nak tahu skill masak seseorang atau kedai makan, boleh cuba nasi goreng kampung dia.

Jadi inilah rahsianya resepi nasi goreng kampung yang mudah dan sedap.

Dan kalau nak lagi sedap, boleh tambah telur mata kerbau dan sambal belacan. Terbaik!

Jom cuba!


BAHAN-BAHAN:
• 3 cawan nasi
• 6 ekor udang, dibuang kulit
• 2 ekor sotong, dipotong bulat
• 3 ulas bawang merah
• 3 ulas bawan putih
• 6 biji cili padi
• 1/2 ikat sayur kangkung
• 1 mangkuk kecil karot, didadu
• 1 sudu besar sos ikan
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 biji telur
• 2 ketul fish cake, putong dadu
• ikan bilis goreng
• serbuk lada sulah
• garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk tumbuk kasar:
• 3 ulas bawang merah
• 3 ulas bawan putih
• 6 biji cili padi

CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. 4. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
5. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
6. Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.


Selamat mencuba!

Comments