Nakkan sentuhan premium untuk kuih raya anda? Boleh cuba resepi biskut raya Milky Oreo ni.
Memang nampak eksklusif dan sedap untuk dijadikan hidangan kuih raya.
Nak buat berniaga pun boleh untung ni.
Cubalah!
Bahan A :
- 130 gm butter
- 70 gm gula kastor
- 1/4 tsp esen vanila
- Secubit garam
Bahan B :
- 170 gm tepung gandum
- 20 gm tepung jagung
- 20 gm tepung beras
- 20 gm cornflakes ~ kisar halus
- 20 gm serbuk badam ~ bakar dulu
- 20 gm badam nib ~ bakar dulu
- 20 gm serbuk oreo
- 1/8 tsp baking powder
Cadangan Hiasan :
- Coklat Putih
- Serbuk Oreo
Caranya :
1. Pukul bahan (A) hingga sebati.2. Masukkan bahan (B) dan uli hingga jadi doh. Biarkan selama 20 minit.
3. Canai dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
4. Setelah masak, biarkan sejuk.
5. Celup dengan coklat putih dan terus tabur serbuk oreo.
6. Selepas coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Iza Akma SSK
Comments
Post a Comment