Ads Top

Resepi Nasi Goreng Sardin

Resepi Nasi Goreng Sardin


Resepi Nasi Goreng Sardin ni bolehlah dicuba kalau ada lauk sardin yang lebih atau tidak habis dimakan. 

Memang enak digoreng bersama nasi.

Tak percaya, cubalah!


BAHAN-BAHAN:
• Semangkuk nasi putih
• Sardin tin/lebihan sardin
• 1 ulas bawang merah (dihiris)
• 2 ulas bawang putih (dihiris)
• 1 biji telur
• Cili merah
• 1/2 batang lobak
• Sedikit timun
• Minyak untuk menumis
• Garam untuk perasa


CARA MEMASAK:
1) Hiris semua bahan tumis, bawang merah dan putih. Untuk lobak dan timun Kak Bell guna manual chopper.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sampai naik bau.
3) Masukkan lebihan sardin tanpa kuah dan juga lobak, cili merah dan timun. Kacau rata seketika.
4) Masukkan nasi dan kacau rata, perasakan dengan sedikit garam. Garam tu letak sikit je pepandaila rasa yer.
5) Alihkan nasi, pecahkan sebiji telur dan kacau rata.
6) Goreng nasi sampai sedikit kering, dan boleh tutupkan api.
siap!

Kredit: Kak Bell

Selamat mencoba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.