Ads Top

Resepi Nasi Goreng Telur Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Telur Mudah dan Sedap


Resepi paling mudah di alam semesta; Nasi Goreng Telur.

Budak tadika pun boleh buat ni. Rasa pun sedap.

Cubalah!

BAHAN-BAHAN:
• 4 cawan nasi
• 3 biji telur
• 3 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 2 sudu besar sos tiram
• Butter secukupnya untuk menumis - dalam 3 sudu besar
• Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa


CARA MEMASAK:
1) Kupas semua bawang dan tumbuk sehingga lumat kemudian lerai-lerai kan nasi . Panaskan sedikit butter dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau harum .
2) Masukkan 3 biji telur dan kacau telur sehingga masak seterusnya masukkan sos tiram serta kacau .
3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan masukkan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa . Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.