Ads Top

Resepi Nasi Goreng Tom Yam

Resepi Nasi Goreng Tom Yam



Jom cuba Resepi Nasi Goreng Tom Yam ni. Terbaiklah!


BAHAN-BAHAN:
• 2 mangkuk nasi
• 2 biji telur
• 1/2 labu bawang besar – dihiris
• 2 ulas bawang putih – dihiris
• 1 1/2 sudu besar pes tom yam
• Sedikit kobis dan sawi – dipotong
• 5 biji cili padi – diketuk
• 1- 2 helai daun limau purut – hiris halus
• 1 batang serai – dihiris halus
• 1 sudu besar sos ikan – optional
• sedikit hirisan lengkuas
• 10 ekor udang/sotong
• Minyak masak secukupnya
• Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telur hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan udang, pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.