Ads Top

Resepi Nasi Goreng USA

Resepi Nasi Goreng USA


Nak makan sesuatu yang istimewa? Boleh cuba resepi nasi goreng USA ni.

Ada yang kata USA bermaksud udang, sotong dan ayam. Apa pendapat anda?

Apapun jom cuba masak sama-sama!


BAHAN UNTUK NASI GORENG:
• 6 cawan nasi - yang diperoikan
• 4 ulas bawang putih - diketuk
• 1 biji bawang besar - dihiris memanjang
• 3 sudu besar cili - nak pedas tambah lagi
• Sedikit bawang besar kisar
• 2 sudu besar sos tiram
• 1 sudu kecil pati ayam
• 1 cawan mix vegetable
• Garam secukup rasa
• Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili bwg kisar dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan pati ayam, sos tiram, sikit garam dan mix vege. Kacau rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan garamnya jika kurang masin boleh taburkan sikit garam dan gaul lagi, bila dah secukup rasa boleh la diangkat.


BAHAN UNTUK DAGING MASAK MERAH:
• 400 gm daging - direbus hingga empuk dan dihiris nipis agak lebar sikit
• 3 ulas bawang putih - diketuk
• 1 biji bawang besar holland - dihiris memanjang
• 1 biji kecil capsicum - dipotong dadu, tak kisah warna apa
• 4 urat kacang panjang - dikerat 2 inci panjang
• 1 biji tomato - dipotong baji, boleh tambah carrot dan cauliflower juga kalau suka
• 4 sudu besar cili kisar
• Sedikit bawang besar kisar
• 4 sudu besar sos cili
• 2 sudu besar sos tiram
• Sedikit air rebusan daging
• Garam
• Serbuk perasa - jika suka
• Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili bawang kisar dan tumis hingga agak garing.
2. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, capsicum, kacang panjang dan bawang besar, gaul rata.
4. Tambah sikit garam dan serbuk perasa dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 sekejap, dah siap dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng serta bahan pelengkapnya.


Bahan pelengkap:
• Telur mata
• Salad atau hirisan timun dan tomato
• Keropok ikan


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.