Ads Top

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api


Resepi udang masak lemak cili api ni pun salah satu lauk kegemaran admin. Fuhh berlemak tu yang sedap tu.

Patut la encik suami makin berlemak je. Hehehe...

Jom cuba!

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
• 1/2 kg Udang saiz sederhana (dibuang kepala)
• 2 biji santan
• 15 ulas cili padi (dikisar)
• 2 ulas bawang putih (dikisar)
• 1 ulas bawang merah (dikisar)
• 2 batang serai (dititik)
• Serbuk kunyit
• 6 batang kacang panjang
• Asam keping
• Garam

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK:
1. Campurkan santan, cili padi, bawang putih, bawang merah, serai & serbuk kunyit di dalam periuk. 2. Kemudian baru dihidupkan api dan gaul perlahan-lahan supaya tak pecah minyak.
3. Agak-agak dalam 5 minit, masukkan pula kacang panjang, asam keping dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mengelegak.
4. Kemudian masukkan udang. Kacau perlahan-lahan sehingga udang masak.

Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh digantikan dengan kunyit hidup. Sayur kacang panjang juga boleh digantikan dengan tomato, kacang buncis, terung atau belimbing. Bergantung kepada citarasa masing. Selamat mencuba!!


Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.