Resepi Daging Malbari di Pagi Raya

Resepi Daging Malbari di Pagi Raya


Tiap kali hari raya, hidangan Daging Malbari pasti jadi pilihan di pagi raya kerana sedap dan menyelerakan.

Nak tahu resepi daging Malbari ni?

Jom cuba langkah-langkah di bawah ni.

(Untuk 1 kilo daging )

Bahan kisar:

Kayu manis - 1 batang kecik
Bunga lawang - 3 kuntum
Bunga cengkih - 5 kuntum
Rempah biji ketumbar - 3 sb
Jintan putih - 1 sb
Jintan manis - 2 sb
Cabai kering - segenggam
Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 5 ulas
Bawang besar - 2 biji
Halia - 2 inci
Serai - 2 batang
☝semua bahan kisar goreng tanpa minyak sehingga wangi- api perlahan.
Kemudian kisar semua bahan ini.

Bahan-bahan :-

Daging - sekilo potong kecik
Kicap manis kipas udang - 1/2 botol
(Botol kecik)
Kerisik - 3 bungkus
Gula merah - seringgit ( masak dgn sedikit air tapis)

Cara-caranya:-

  1. Goreng semua bahan kisar tanpa minyak sehingga wangi - api perlahan, kisar semua bahan ini.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 - 2jam 
  3. Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yang perap tadi, masukkan sedikit air.
  4. Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
  5. Bila daging lembut, masukkan kerisik, garam , gula & air gula.
  6. Masak sehingga kuat pekat berpalut di daging.

Kredit resepi: Saba Natasha

Comments