Resepi Air Dalgona Coffee Viral Mudah dan Sedap

Resepi Air Dalgona Coffee Mudah dan Sedap


Dah cuba resepi air Dalgona Coffee Viral yang mudah dan sedap ni?

Kami di M9 Daily dimaklumkan bahawa minuman ini sudah menjadi viral di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, minuman ini adalah minuman asli yang berasal dari Korea yang mana perkataan Dalgona itu sendiri bermaksud Korean Traditional candy

Perkongisan dari Shariffah Sarrah ini adalah olahan beliau sendiri dari resipi lama Korea mengikut kuantiti bahan yang seimbang dan sesuai.

Cubalah!

Bahan bahan :


  • Serbuk kopi/Nescafe
  • Susu segar
  • Gula
  • Air panas
  • Ais (pilihan)


Cara: (A)

1. Ambil bekas.
2. Campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi atau Nescafe, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas.
3. Pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.

Cara : (B)

1. Ambil gelas have have.
2. Letakkan ais. Kalau taknak ais, letakkan terus susu segar.
3. Kemudian tuang (A) atas susu tu.
4. Dah siap! Selamat mencuba makcik, pakcik semua

Tips kurang manis : Pakai gelas besar biar susu lebih. Nanti rasa sebati.

Sukatan diubah sedikit dari original untuk rasa yang lebih sedap! Saya kenal resipi ni dari korean, bukan dari artis terima kasih

Kredit: Shariffah Sarrah

Comments