Resepi Biskut Cheese Cadbury ni agak baru dan segar ideanya. Cara penyediaannya juga agak mudah.
Rasanya juga memang sedap dan pasti menjadi rebutan kanak-kanak semasa hari raya nanti.
Jom cuba!
Bahan A
180gm mentega80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese
Bahan B
400gm tepung gandum80gm tepung jagung
Bahan C
1 botol coklat Cadbury - 200 pcsputih telur, untuk sapu
Cara membuatnya:
1. Pukul Bahan A hingga sebati dan kembang.2. Masukkan Bahan B. Gaul rata.
3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap.
4. Potong/terap mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dgn suhu 150-160C, api atas-bawah, bakar 20minit..(note: 5 minit terakhir tu pusingkan tray untuk pembakaran sekata).
5. Biarkan biskut sejuk. Sapu sedikit putih telur, letakkan cadbury. Bakar lagi 5 minit hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang, guna api atas-bawah, rak paling bawah.
6. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (untuk serap lebihan minyak).
Harga biskut cheese Cadbury biasanya RM25/30pcs ada yang RM50/50pcs
credit : Aya Suraya
Comments
Post a Comment