Resepi Biskut Mars Bar Cookies

Resepi Biskut Mars Bar Cookies


Ada peminat coklat Mars disini?

Kalau ada bolehlah cuba resepi Biskut Mars Bar Cookies ni.

Cara penyediaannya agak mudah dan rasanya juga agak sedap.

Jom cuba!

Bahan-bahan:


  • 2 bar coklat Mars – standard size 53g
  • 2 sudu besar golden syrup
  • 65 gm mentega
  • 2 cawan rice krispies
  • 1 cawan cornflakes – diramas kasar
  • 400 gm coklat masakan atau secukupnya

Resepi Biskut Mars Bar Cookies
Rupa bar coklat Mars.

Cara-cara:

1. Coklat Mars dipotong kecil-kecil.

2. Satukan coklat mars, golden syrup dan mentega di dalam pan atau periuk kecil.

3. Cairkan campuran tadi secara double boiler. Kacau hingga rata.

4. Masukkan rice krispies dan cornflakes. Gaul sehingga rata.

5. Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.

6. Sudukan adunan tadi ke dalam bekas dan tekan-tekan sehingga padat dan rata. Buat sehingga siap. Ketepikan.

7. Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler. Selepas itu tuangkan coklat ke atas krispies tadi.

8. Jika suka hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.
Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.


credit to Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Comments