Resepi Kuih Apam Nasi Mudah dan Sedap

Resepi Kuih Apam Nasi Mudah dan Sedap


Resepi kuih apam nasi atau juga dipanggil apung ni sedap dinikmati dengan air teh atau kopi.

Teksturnya yang lembut dan gebu pasti menaikkan selera.

Cubalah resepinya yang mudah ni.

Bahan-bahan:


  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan brown sugar
  • 3/4 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dengan sedikit garam


Cara menyediakan dan memasak:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2. Setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

Kredit: MyResepi

Comments