Resepi Tau Fu Fa Mudah dan Sedap

Resepi Tau Fu Fa Mudah dan Sedap


Perasan tak sekarang ni susah nak jumpa tau fu fa.

Jadi apa kata buat sendiri resepi tau fu fa yang mudah dan sedap ni di dapur anda.

Tak sampai 10 minit pun.

Cubalah!

Bahan-bahan:


  • Air soya (2 kotak besar)
  • Agar agar bertali (1 bungkus)
  • Gula melaka (1 ketul untuk kuah)

Cara-cara :

1. Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.

2. Masukkan soya untuk beberapa minit dan tutup api.

3. Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

4. Untuk kuah, didihkan air dan gula melaka.

5. Apabila air rebusan tadi sudah beku boleh lah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.


P/s: Boleh letak daun pandan semasa didih kuah untuk bagi wangi.

Kredit : Nuradini Baharudin

Comments