Resepi Cendawan Tiram Goreng Tepung Mudah dan Sedap

 

Resepi Cendawan Tiram Goreng Tepung Mudah dan Sedap

Ramai yang kata Resepi Cendawan Tiram Goreng Tepung ni rasanya macam ayam goreng.

Memang sedap dicicah dengan sos cili.

Mudah saja nak sediakan resepi ni.

Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • Cendawan tiram
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa


CARA PENYEDIAAN:

1. Pecahkan sebiji telur ayam ke dalam mangkuk berisi cendawan tiram

2. Kemudian masukkan serbuk cili dan serbuk lada putih.

3. Masukkan garam secukup rasa.

4. Gaul rata hingga sebati semua bahan.

5. Ambil mangkuk lain dan campurkan tepung gandum dan tepung jagung serta 1 sudu teh serbuk cili.

6. Selepas itu bolehlah salutkan kesemua cendawan tiram tadi dengan bancuhan tepung ini.

7. Goreng dalam minyak penuh sehingga kuning keemasan.

8. Siap untuk dihidang dengan sos cili.


VIDEO DEMO RESEPI CENDAWAN TIRAM GORENG TEPUNG:



Selamat mencuba!

Comments