Ads Top

Resepi Sambal Tumis Mudah dan Sedap



Resepi Sambal Tumis Mudah dan Sedap
Fuhh sedap jugak resepi sambal tumis yang disediakan oleh blogger Fitrihadi ni.

Cara penyediannya juga agak mudah.

Jom cuba!

Bahan-bahan:


  • segenggam cili kering (seeloknya rebus dahulu dalam air)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak
  • garam
  • gula
  • sedikit bancuhan air asam jawa (air rendaman asam keping pun boleh)

Mengisar:

1. Potong kecil 2 setengah biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih.
2. Masukkan bahan potongan tadi ke dalam pengisar bersama-sama cili kering yang sudah direbus.
3. Masukkan sedikit air supaya ianya senang dikisar dan kisar sehingga menjadi pekat.

Resepi Sambal Tumis Mudah dan Sedap

Menggoreng tumis:

1. Panaskan secawan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bahan kisar tadi dan goreng tumis hingga pecah minyak (naik bau atau at least ada orang bersin :D)
3. Jangan lupa masukkan gula. (2 sudu besar untuk lebih pedas, 4 sudu besar untuk kurang pedas)
4. Setelah pecah minyak, masukkan lebihan setengah bawang besar tadi (dihiris), air asam jawa dan secubit dua garam (secukup rasa) dan sedikit air.
5. Teruskan menggoreng sehingga rata dan sedap.
6. Jika masih terlalu pedas bolehlah tambahkan gula dan gaulkan rata sebelum menutup api.
7. Hidangkan bersama nasi dan lauk seperti ikan bilis goreng goreng atau telur seperti hidangan nasi lemak. Memang terbaik!

Resepi Sambal Tumis Mudah dan Sedap
Pecah minyak!


Kredit: Fitrihadi.com

No comments:

Follow Kami Di Facebook


Powered by Blogger.