Resepi Mi Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Resepi Mi Goreng Mamak Mudah dan Sedap
 

Resepi mi goreng mamak yang sedap ni pasti menggoda peminat tegar kedai mamak.

Bolehlah masak sendiri mengikut resepi mudah di bawah ini.

Jom cuba!

Bahan:

  • Mi Kuning sebungkus
  • Kangkung
  • Taugeh 
  • Sotong dan udang
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang merah 5 ulas
  • Cili kering segenggam
  • Sos cili
  • sos tiram
  • kicap manis
  • Cili merah
  • Serbuk perasa
  • Garam & gula


Cara memasak:

  1. Kisar semua bawang putih, bawang merah dan cili kering dalam pengisar yang diisi setengah cawan air.
  2. Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi dalam kuali berisi minyak. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili anggaran setengah cawan.
  4. Masukkan jugak sos tiram sebanyak 4-5 sudu besar.
  5. Selepas itu tambahkan kicap manis hingga kuah berubah warna gelap.
  6. Gaul rata hingga sebati.
  7. Setelah itu, masukkan sotong dan udang serta taugeh dan kangkung.
  8. Gaul rata semua bahan hingga sedikit masak.
  9. Tambah garam secukup rasa dan satu sudu besar gula.
  10. Masukkan juga 1 sudu besar serbuk perasa dan gaul sebati.
  11. Kemudian masukkan mi kuning yang sudah di basuh dan ditoskan.
  12. Gaul rata semua bahan dalam kuali.
  13. Jika warna kurang gelap, tambahkan kicap dan gaul rata.
  14. Siap untuk dihidang!


Video penyediaan:

Comments