Lada solok dari Kelantan ini sememangnya sedap dimakan bersama nasi kerabu atau nasi dagang.
Resepi penyediaannya pulak agak mudah.
Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
- Cili hijau besar / lada solok
- 4 ekor ikan (selayang / kembung)
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulang bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 cawan santan
- Kelapa parut
- 1 biji telur ayam
- Gula
- Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Buang kulit dan tulang ikan. Ambil isinya sahaja.
2. Kemudian masukkan isi ikan tadi ke dalam lesung bersama-sama halia, bawang merah dan putih. Tumbuk hingga lumat.
3. Kemudian hasil tumbukan tadi dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kelapa parut.
4. Juga masukkan telur ayam, gula 2 sudu besar dan 1 sudu kecil garam.
5. Gaul rata semua bahan tersebut hingga sebati.
6. Selepas itu, ambil cili hijau besar dan potong di tengahnya. Buang biji dan isi di dalamnya.
7. Setelah siap dibuang isinya, bilas cili tersebut dengan air bersih.
8. Setelah itu, masukkan inti ikan tadi ke dalam cili tersebut.
9. Kemudian, bolehlah rebus cili tersebut dengan 1/2 cawan santan.
10. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.
VIDEO DEMO RESEPI LADA SOLOK KELANTAN MUDAH DAN SEDAP:
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment