Resepi Pop Corn Chicken ala KFC Mudah dan Sedap

 

Resepi Pop Corn Chicken ala KFC

Kalau anak-anak kurang selera makan,

bolehlah cuba Resepi Pop Corn Chicken ala KFC yang mudah ni.

Mesti habis licin sebab sedap sangat.

Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji telur ayam
  • Tepung goreng ayam
  • Ayam (dipotong kecil)

CARA PENYEDIAAN:

1. Gaulkan ayam dalam tepung hingga salut rata

2. Kemudian, masukkan ayam bersalut tepung tadi ke dalam bancuhan telur dan biarkan salut rata.

3. Selepas itu, masukkan semua ketulan ayam tadi ke dalam tepung dan salut rata.

4. Sekali lagi, masukkan ketulan ayam ke dalam bancuhan telur. Hasilnya nanti pasti lebih rangup dan sedap.

5. Seterusnya bolehlah goreng kesemua ketulan ayam tadi dalam minyak penuh.

6. Angkat dan hidangkan jika sudah kuning keemasan.


VIDEO DEMO RESEPI POP CORN CHICKEN ALA KFC:



Selamat mencuba!

Comments