Ads Top

Kisah Pontianak Di Rumah Sewa Baru Aku

Kisah ni benar2 terjadi kat aku..kisah nya bermula dengan aku dan suami baru berpindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa area Taman Medan dengan harga yang not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dengan Pasaraya Matahari So, senang la aku nak beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa first masuk rumah sewa tu aku dah rasa lain macam dah. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kat dalam bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kat kain tu. Dalam hati aku terdetik,

"kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dalam bilik ni ke?".

Aku gelak kecik dengan diri aku sendiri. Aku tanpa banyak soal, aku terus campak kain tu dalam tong sampah luar rumah. Hari pertama aku kat rumah tak ada apa2 yang berlaku pun. Siap aku menari2 lagi dengan suami dalam rumah.

Masuk hari kedua, start dah perkara2 aneh dalam rumah tu. Suami pergi kerja. Aku dalam bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada orang mandi macam org gila kat bilik air di luar bilik. Dia punya jirus air tu macam gelojoh sangat nak mandi. Aku menangis dan terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yang patut. Bila bunyi orang mandi dah hilang, aku pi la tengok kat bilik air tu. Ya Allah, berus gigi aku dan suami betul2 landing dalam lubang jamban duduk tu. Lepas tu ada najis dekat ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak keluar2.

Bukan itu je, ada satu malam tu lagi teruk kena. Suami balik kerja nak makan nasi. Aku hidang nasi kat suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu datang dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sangat menyeramkan campur ngeri. Gigil habis tangan dibuatnya, ..memang first time kena dengan bende2 aneh macam ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.

Tanpa banyak cakap, suami dengan bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lepas tutup call, dah takde apa2 gangguan dah. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nak pecah. Ketuk bertalu2 macam pencegah maksiat yang ketuk dah bunyinya. Kuat sangat, suami terkejut sampai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sangat, suami jerit smpai nak terkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci al-quran kat telefon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dan dekat perut, besar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nak ikut suami pi kerja, suami kata jangan takut dengan benda tu nanti dia lagi suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kat rumah. Tapi aku terperap dalam bilik la. Dari pagi hingga ke petang tak ada apa yang berlaku, tapi ada pekara aneh yang terjadi waktu suami balik kerja, suami kata

"awak bermantera apa dengan sy ni?",

aku tak paham dan tanya suami,

"mantera apa bang?".

Suami suruh tengok whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp. Manteranya berbunyi,

"Terbang melayang-layang, ada di dahan, ada di darat. Masuk ke dalam jasad, terus ke hati. Menangis dijemput, menangis dihantar pulang, rambut mengurai, terkena sampuk, sehingga mati."

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whatsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kat suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain memang dah tak ada duit dah. Lepa makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dah start main bakar2 pulak, tengah sedap2 tido sambil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis. Belum reda lagi kes terbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dengan suami semua tiba2 retak serentak. Lepas tu terdengar bunyi benda mengilai kat ruang tamu.. punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai. Suami tak tahan, suami call ustaz yang dia kenal dan mintak tolong datang ke rumah. Ustaz tu kata,

"saya dekat Kuantan, Pahang ni."

Lepas je ustaz cakap mcm tu, ada satu suara garau cakap dekat depan pintu bilik aku mcm ni,

"di Kuantan ya? Hihihihi."

Suami aku terus bukak pintu luas2 dan cakap,

"jangan kacau la setan!",

sebab benda tu dah berani mendekat dan bersuara. Lepas tu suami sambung cakap dengan ustaz, 

"ustaz dengar tadi?".

Ustaz tu tak jawab tapi dia baca sesuatu, dalam beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan di setiap penjuru bilik. Suami cepat2 buat, lepas tu, gangguan dah pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dah macam orang tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kat luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dalam rumah, terkejut betul aku. Lepas tu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera makan aku. Suami tampar meja dengan tangan sambil cakap,

"melampau la ni!".

Suami suruh kemas baju2 nak blah. Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tanpa berlengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju. Aku dengar ada benda tengah pung pang pung pang masak kat dapur. Aku terus pergi tengok. Alangkah terkejutnya aku tengok ada pontianak dengan rambut panjang sampai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yang aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur macam patung sambil dua tangan letak kt perut (macam orang tengah solat). Benda tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sangat tak tipu. Mulut aku terkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Sekarang dah nampk, memang rasa macam nak tercabut skru lutut. Terdetik dalam hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nak panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dalam filem je bentuk pontianak macam ni. Rupanya in reality pun sama. Lepas terketar2 sambil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kat pusat rawatan islam.

Sekarang aku dan suami dah tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dekat Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun depan rumah je. Kat sini tak ada puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yang pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. May be khayalan aku je kot sebab still trauma. Tapi yg penting, gangguan yang menimpa keluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Anda pernah di'ganggu' atau pernah mengalami pengalaman seram? Kongsikan pengalaman anda dengan pembaca kami melalui contact form di sini: http://m9.blogspot.com/p/kongsi.html

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.