Ads Top

Resepi Agar-Agar Lumut Cute

Resepi Agar-Agar Lumut Cute


RESEPI AGAR-AGAR LUMUT CUTE

Mari saya kongsi cara membuatnya....

BAHAN-BAHAN:
• 1 bungkus agar-agar tali 25 mg
• 4 cawan air biasa
• 1 cawan santan pekat
• 1 cawan air gula melaka / gula merah
• 1/4 gula pasir
• 1 biji telur
• 2 helai daun pandan
• Sedikit garam jika suka.

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan 4 cawan air ke dalam periuk.
2. Basuh agar-agar dan masukan ke dlm air yang mendidih. Biarkan agar-agar hancur.
3. Masukan gula pasir. Biarkan hingga mendidih. Masukan daun pandan.
4. Kemudian masukan air gula melaka ke dalam agar-agar, masak seketika.
5. Masukan santan ke dalam mangkuk dan masukan telur. Pukul seketika.
6. Tuangkan kedalam periuk. Masak hingga hingga mendidih apabila bancuhan telur dan santan dimasukan. Masukan sedikit garam jika suka. Kena kacau selalu.
7. Tutup api dan boleh dituang ke dlm acuan kuih lompang. Kalau tak ada acuan lompang boleh tuang dlm loyang atau bekas plastik. Bila sejuk boleh dihidangkan.

Kredit: Roshima Ibrahim Shima

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.