Ads Top

Resepi Nasi Kerabu dari Kelantan

Resepi Nasi Kerabu dari Kelantan

Dah lama tak makan nasi kerabu. Rasa macam nak masak sendiri. Guna google, terjumpa lah satu Resepi Nasi Kerabu dari Kelantan ni.

Jom kita pakat ramai-ramai cuba.


RESEPI UNTUK KUAH SAMBAL TUMIS

Bahan bahan:
• 10 cili kering
• 3 ulas bwg merah
• 1 biji bwg besar
• 1/2 labu bwg putih
• 1/2 inci halia
• 200 gm santan pekat
• 3 batang serai - ketuk
• 2 keping asam keping
• 1 1/2 sb gula
• 2 sk garam bukit halus
• 2 sb budu
• Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
1. Kisar cili, bawang bawang dan halia.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan 1 1/2 cawan air.
4. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
5. Masukkan serai, asam.
6. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 


RESEPI UNTUK SAMBAL IKAN

Bahan bahan:
• 1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
• 7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
• 5 ulas bawang merah
• 5 batang serai
• 2 1/2 sb gula
• 2 1/2 sk garam

Cara cara:
1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
3. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.


RESEPI UNTUK SAMBAL CILI

Bahan bahan:
• 1/2 kg cili - basuh
• Garam
• Gula
• Belacan
• Asam jawa
• Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya.

• Ulam ulaman
• Kubis
• Timun
• Kacang panjang
• Daun kesum
• Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI UNTUK NASI 
• 5 1/2 pot beras
• Air secukupnya
• Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang untuk nasi kerabu berwarna biru)
•  2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.