Ads Top

Resepi Sotong Bakar ala Thai

Resepi Sotong Bakar ala Thai


Siapa pernah pergi Siam, Thailand atau Danok mesti rindu nak makan sotong bakar ala Thai ni.

Kalau teringin, bolehlah cuba sendiri di rumah Resepi Sotong Bakar ala Thai ni.

Terbaik!


BAHAN PERAPAN:
• Sotong saiz besar
• 3 sudu besar jus lemon
• 3 sudu madu
• Secubit garam


CARA MEMBUAT:
1. Cuci sotong dan lumurkan semua bahan-bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk 15 minit)
2. Keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi.
3. Lap-lap guna tisu dan renjis-renjiskan dengan minyak.
4. Bakar sampai masak.


SOS:
• 12 batang cili merah
• 8 batang cili hijau
• 7 ulas bawang putih (bakar jap)
(Tumbuk semua bahan di atas)
• 2 sudu sos tiram
• 4 sudu gula
• 5 sudu jus lemon
• 3 sudu sos ikan
• Daun ketumbar (hiris halus)


CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan dan lumur atas sotong.


Kredit Resepi : Juju Minhad, Siti Jamilah Zakaria (MAHN)

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.