Ads Top

Resepi Wajik / Pulut Kucai

Resepi Wajik / Pulut Kucai


Ada peminat wajik disini? Kalau ada, bolehlah cuba sendiri resepi wajik turun temurun ni.

Untuk pengetahuan wajik ni juga dipanggil pulut kacai.

Jom cuba!

BAHAN - BAHAN:
  • 1 kg beras pulut
  • 1 kg gula merah
  • 2 cawan gula putih
  • Santan secukup lemak (selalu saya buat sukatan 1 kg pulut, santan dalam 1/2 kg lebih sikit)
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:
  1. Beras pulut direndam 4-5 jam
  2. Kemudian kukus seperti biasa kemudian sejukkan.
  3. Masak gula merah dan tapis dahulu kemudian masukkan gula putih
  4. Masukkan santan dan daun pandan
  5. Masak sehingga agak-agak nak pekat (jangan pekat sangat) dan masukkan pulut yang dikukus asing tadi.
  6. Kemudian kacau lagi sehingga agak-agak pekat likat 
  7. Jangan terlalu pekat atau terlalu lembik
  8. Tutup api dan masukkan dalam bekas
  9. Siap!
Kredit: Fyza Eky

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.