14 Cara Menjemput Rezeki Allah SWT

Walaupun makna rezeki adalah meluas dan bukannya terhad kepada wang dan harta semata-mata, namun mungkin ramai yang merasakan rezeki pendapatan, harta dan wang mereka agak kurang dan berat.

Apa kata cuba mana-mana cara menjemput rezeki Allah di bawah ini agar lambat-laun rezeki anda akan dipermurahkan dan semakin banyak.

Apapun jangan lupa bersyukur kepada Allah apabila sudah berjaya. Solat kena buat selalu. InsyaAllah..

  • Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
  • Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
  • Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
  • Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
  • Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
  • Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen. Rezekimu bukan daripada bossmu atau pelangganmu. Tetapi daripada Allah S.W.T. Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah S.W.T Redhai. # Share untuk kebaikan bersama

Comments