Resepi Rojak Tauhu

Resepi Rojak Tauhu


Resepi Rojak Tauhu ni sesuai dibuat semasa minum petang.

Pasti suami dan anak-anak suka menikmati sambil minum teh dan menonton drama petang.

Cubalah!


BAHAN KUAH ROJAK:
• Cili kering 10 tangkai (blend halus)
• Sos Cili 1/2 cawan
• Belacan 2 inci
• Gula Merah 1 cawan
• Gula pasir 1/2 cawan
• Kicap pekat manis 1/3 cawan
• Air 1 cawan
• Tepung Jagung 3 sudu besar


CARA BUAT:
1) Campur semua bahan kecuali tepung jagung..
2) Masak sampai gula semua cair dan mendidih..Pastu masukkan tepung jagung..kacau2 sampai pekat likat.. sejukkan
3) Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung..Gaul2.. hmm dap ??

TIPS TAMBAHAN:
• Tauhu - digoreng
• Kangkung - dicelur
• Taugeh - dicelur
• Timun - disagat


Kredit Resepi: Atie Jumaat / Suka Makan Dot Com


Selamat mencuba!

Comments