Resepi Sambal Udang Petai Sedap

Resepi Sambal Udang Petai Sedap



Fuhhh ni lah antara resepi lejen turun temurun iaitu sambal udang petai.

Sedap makan dengan nasi panas-panas.

Jom cuba Resepi Sambal Udang Petai Sedap ni!

BAHAN-BAHAN:
205g petai, dikupas
565g udang, dibuang kulit tetapi ekor dikekalkan
115g bawang besar, dikupas
172g bawang merah, dikupas
33g bawang putih, dikupas
22g serai, (kira-kira 2 batang) bahagian bawah sahaja
12g halia, dikupas
7g lengkuas, dikupas
1g daun limau purut (kira-kira 1 daun)
12.5g belacan
80g pes asam jawa
76g gula Melaka, diparut
150g pes cili boh
3g garam
0.3g lada hitam ditumbuk (1/8 sudu kecil)
235g air
90g minyak masak


CARA MEMASAK:

Sediakan semua bahan.
1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan belacan sehingga halus. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk melancarkan proses mengisar. Ketepikan bahan yang sudah kisar. Kisar hingga halus

2. Panaskan minyak masak di dalam kuali pada suhu api besar. Dengan pemukul atau pisau, titikkan batang serai dan masukkan ke dalam kuali apabila minyak sudah cukup panas. Masukkan serai ke dalam kuali panas.

3. Selepas 30 saat, masukkan bahan dikisar ke dalam kuali. Kacau sesekali bahan dalam kuali selama 5 minit.
4. Masukkan bahan kisar
5. Masukkan pes cili boh dan kacau selama 2 minit sehingga sambal masak.
6. Campurkan 85g air dengan pes asam jawa dan gaul dengan jari hingga sebati. Masukkan air asam jawa ke dalam kuali menggunakan penapis, dan perah jus asam jawa daripada pulpa asam. Kacau sehingga sebati.

7. Seterusnya, masukkan 150g air dan gula Melaka yang diparut. Kacau sehingga sebati.

8. Semasa sambal pedas sedang ditumis, masukkan daun limau purut, lada hitam dan garam. Kacau hingga sebati. Kemudian, kacau sesekali untuk 10 hingga 12 minit sehingga sambal masak sepenuhnya. Jangan lupa untuk kikis bahagian bawah dan tepi kuali untuk pastikan sambal tidak hangit.

9. Masukkan daun limau purut, lada hitam dan garam.

10. Masukkan udang dan kacau. Elakkan daripada terlebih masak udang. Langkah ini cuma mengambil masa selama 3 hingga 4 minit.

11. Masukkan udang yang dibuang kulit
12. Masukkan petai dikupas. Kacau selama 1 minit.

Hijau petai berbanding merah sambal!
Sambal udang petai anda sedia dihidang!
Makan bersama nasi putih atau nasi lemak.
Sedia dihidang!


Tip tambahan:
Anda juga boleh menggunakan udang yang dibuang kulit dan ekor juga. Tetapi, elakkan menggunakan udang dengan kulit badan tidak dibuang kerana anda mahu perisa sambal dan petai terserap masuk ke dalam isi udang.

Jika sebarang resepi anda (baik yang manis atau savouri) menggunakan gula Melaka, lebih baik anda parut dahulu kerana gula Melaka yang sudah diparut akan cair lebih cepat dan sekata. Tetapi, jika resepi anda menyatakan ia memerlukan ketulan gula Melaka, ikut sahaja yang tertera ya.


Selamat mencuba!

Comments