Resepi Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Resepi Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut



Memang sedap kek gula hangus atau dipanggil juga kek sarang semut.

Ianya layak digelar kek lejen kerana pasti ada pada setiap hari raya atau hari-hari biasa.

Bolehlah follow step by step resepi Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut di bawah ini.

Selamat mencuba!

Untuk adunan gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air pnas
2 sudu butter

*masukkn gula dalam kuali / periuk.. letakkan 1/4 cawan air..masak sampai keperangn.
*dah perang..masukkan air panas. (hati-hati semasa tuang air panas. takut kena tangan. gula tu meletup-letup sikit)
*biarkan mendidih.. masukkan butter.. sejukkan sekejap


Untuk adunan telur
4 biji telur ayam
1 cawan susu pekat (saya letak 3/4 ja sebab tak nak manis)
1 sudu esen vanilla

*kacau sebati

Untuk adunan tepung
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

- masukkn tepung dalam adunan telur tadi.. dan kacau hingga sebati..
- dh sebati masukkan adunan gula hangus tadi.. kacau..
- biarkan seketika sementara tunggu air kukusan mendidih..
- dah mendidih..kukus selama 45-60 minit. (saya kukus 45 minit ja)

saya tak perap berjam jam untuk hasilkan sarang...
saya buat adunan kek dulu.. baru saya letak air kukusan atas dapur.. sebab saya nak bagi adunan kek rehat seketika..

Kredit resepi: yatie

Comments