Resepi Bubur Sagu / Pengat Nangka Mudah dan Sedap

Resepi Bubur Sagu / Pengat Nangka Mudah dan Sedap


Resepi bubur sagu atau juga dipanggil pengat nangka ini memang sedap di makan panas-panas.

Cicah roti pun sedap ni.

Jom cuba!


BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter santan
  • 1 pinggan isi nangka (dibuang biji)
  • 3 sudu besar biji sagu
  • 4 keping gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 1 senduk gula
  • 1 sudu garam

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan sedikit air ke dalam periuk dan rebus biji sagu hingga hampir mendidih.

2. Bila hampir mendidih, masukkan gula melaka dan kacau rata.

3. Sementara itu, masukkan daun pandan dan santan.

4. Kacau semua bahan hingga sebati.

5. Selepas itu, masukkan gula dan garam.

6. Akhir sekali, bolehlah masukkan isi nangka dan teruska kacau hingga mendidih.

7. Setelah mendidih, bolehlah hidangkan.


VIDEO DEMO RESEPI BUBUR SAGU / PENGAT NANGKA:


Selamat mencuba!

Comments