Resepi Bubur Lambuk Mudah dan Sedap

Resepi Bubur Lambuk Mudah dan Sedap


Jika sukar mendapatkan bubur lambuk, bolehlah cuba resepi bubur lambuk yang mudah dan sedap ni.

Pasti lengkap juadah berbuaka puasa anda dengan hidangan ini.

Cubalah!


Bahan-bahan:


  • 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
  • daging secukupnya
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya


Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning

2. Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.

4. Lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasi tu nanti..biar didih

5. Dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..

6. Selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.

7. Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.

8. Bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Comments