Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap


Ayam masak merah sememangnya sedap untuk dinikmati dengan nasi panas.

Jom cuba resepi ayam masak sambal merah ni. Mudah saja resepinya.

BAHAN-BAHAN:

- Bawang merah 3 ulas
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang besar seulas
- Cili kering segenggam
- Daun pandan
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Sos cili
- Ayam siap digoreng 5-6 ketul


LANGKAH MEMASAK:

1. Kisar hingga hancur bawang merah, bawang putih dan cili kering. Tambah sedikit air sebelum mengisar.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
3. Tambah sos cili (banyak), secubit garam, 1 sudu teh serbuk perasa. Jika tak mahu terlalu pedas, bolehlah tambah gula sebanyak 2 -3 sudu besar. Kacau semua hingga sebati.
4. Masukkan hirisan bawang besar dan goreng hingga naik bau.
5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
6. Siap untuk dihidang!



Comments