Resepi Kerabu Taugeh Thai Mudah dan Sedap

 

Resepi Kerabu Taugeh Thai Mudah dan Sedap

Sedap kerabu taugeh thai ni dimakan bersama nasi panas.

Fuhhh terliur pulak admin.

Jom cuba resepi yang mudah ni.

Bahan-bahan:

  • Cili padi dihiris halus(2 biji)
  • Ikan rebus dicarik-carik (2 ekor)
  • Bawang merah dihiris bulat (2 ulas)
  • Tomato dipotong dadu (1 biji)
  • Taugeh
  • Santan (5 - 6 sudu besar)
  • Kerisik (1 sudu kecil)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Garam

Penyediaan:

1. Celurkan taugeh dalam air mendidih dan toskan dengan penapis.

2. Masukkan taugeh ke dalam mangkuk bersama dengan cili padi, ikan rebus, bawang merah dan tomato.

3. Gaul semua bahan hingga sebati.

4. Kemudian masukkan kerisik dan gaul rata.

5. Selepas itu, masukkan santan dan teruskan gaul hingga sebati.

6. Untuk keseimbangan rasa, masukkan 1 sudu kecil gula dan secubit garam. Gaul hingga sebati.

7. Siap untuk dihidang!


Video demo resepi kerabu taugeh thai:


asf

Comments