Ads Top

Resepi Korean Spicy Fried Chicken

Ayam goreng pedas ala Korea

Resepi Korean Spicy Fried Chicken

Bahan-bahan (untuk ayam goreng):



  1. Ayam (diperap garam dan sos lada hitam (black pepper))
  2. Tepung gandum
  3. Tepung jagung
  4. Tepung beras
  5. Baking soda
  6. Putih telur
  7. Oat

Cara dan langkah-langkah:

  • Adunkan semua jenis tepung dan baking soda dengan rata.
  • Ambil ayam dan salutkan ayam tersebut dalam adunan tepung tersebut dengan rata.
  • Kemudian masukkan ayam tersebut ke dalam putih telur.
  • Selepas itu, masukkan ayat tersebut ke dalam oat.
  • Akhirnya, goreng ayam tersebut dalam minyak panas sehingga berwarna keperangan (5-8 minit).
  • Angkat dan toskan.
*Untuk ayam goreng yang lebih garing, goreng sekali lagi selepas toskan. (double-fried)

Bahan-bahan (untuk sos):

  1. Bawang putih (dipotong halus)
  2. Sos cili dan sos tomato
  3. Sos tiram
  4. Kicap manis
  5. Kicap masin thai
  6. Madu
  7. Cili padi dipotong halus (jika nak pedas) ATAU korean chili sauce (dijual di supermarket)
  8. Garam dan gula secukup rasa
  9. Minyak bijan

Cara penyediaan:

  • Gaulkan bahan (2) hingga (9) dalam mangkuk.
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
  • Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan ayam goreng tadi ke dalam adunan sos di dalam kuali tersebut dan kacau hingga sos tersebut rata melitupi ayam tersebut.
  • Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.
  • Tabur bijan jika ada.
  • Sedia dihidangkan.
Makan dengan nasi pun sedap juga.

Selamat mencuba!
Share untuk kebahagiaan rakan anda!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.