Ads Top

Resepi Gulai Udang Masak Lemak Mudah dan Sedap

Resepi Gulai Udang Masak Lemak Mudah dan Sedap


Resepi gulai udang masak lemak ini sedap juga dimakan bersama dengan nasi dagang dan acar timun.

Jom cuba cara penyediaannya yang mudah ni.


BAHAN-BAHAN:

  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci kunyit
  • 5 biji cili kering besar
  • 3 biji cili hijau besar
  • 2 liter santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 ulas asam keping
  • Udang


CARA PENYEDIAAN:

1. Hiris bawang, kunyit dan cili kering besar. Kisar ketiga bahan-bahan ini.

2. Sediakan 2 liter santan dalam periuk. Kemudian masukkan 2 senduk bahan kisar tadi ke dalam periuk santan. Kacau hingga sebati.

3. Setelah itu, masak campuran tadi di atas api dan sentiasa kacau untuk elak hangus.

4. Sementara itu, masukkan secubit garam, asam keping dan cili hijau besar. Teruskan mengacau.

5. Setelah mendidih, bolehlah masukkan beberapa ekor udang dan biarkan sebentar hingga udang masak.

6. Siap untuk dihidang.


VIDEO DEMO RESEPI GULAI UDANG MASAK LEMAK:


Selamat mencuba!

No comments:

Follow Kami Di Facebook


Powered by Blogger.