Ads Top

Resepi Udang Goreng Kunyit Mudah dan Sedap

Resepi Udang Goreng Kunyit Mudah dan Sedap


Tak tahu nak masak lauk apa?

Bolehlah cuba resepi udang goreng kunyit yang mudah dan sedap ni.

Suami dan anak-anak mesti suka. Gerenti licin pinggan lauk nanti. Cubalah!


BAHAN-BAHAN:
• 500gm udang sederhana besar – cuci bersih dan toskan perap bersama serbuk kunyit
• 1 biji bawang besar – hiris nipis
• 3 ulas bawang putih – Nina ketukkan aje
• 2 inci halia – hiris nipis
• Sos tiram 3 sudu
• Sayur kacang boncis secukupnya – potong dalam 2 inci
• Carrot – potong kecil
• Serbuk kunyit
• Garam secukup rasa
• Air secukupnya - agak-agak jer


CARA PENYEDIANNYA:
1- Udang yang telah dibersihkan diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20 minit.
2- Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia dan serai hingga naik bau.
3- Kemudian masukkan sos tiram, kacau rata dan sedikit air hingga mendidih.
4- Masukkan udang goreng hingga masak lalu masukkan sayur kacang boncis, dan carrot, gaul rata hingga masak.
5- Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun sebab tadi masa perap dah letak…
6- Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~

Kredit: Nina

Selamat mencuba!

No comments:

Like Kami Di Facebook


Powered by Blogger.