Hilangkan Perut Buncit Dan Kuruskan Badan Dengan Cara Lelaki Ini



Ada yang PM dan tanya saya apa saya buat untuk kuruskan badan dan hilangkan perut buncit. Baik. Inilah yang saya amalkan.

Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari. Tapi bagaimana?
Makan dalam keadaan portion yang sikit tapi kerap untuk naikkan metabolisma badan.


Halusi benda ni dengan baik.

1. SARAPAN
Untuk kurus kita wajib ambil sarapan. Sekali lagi saya ulang, WAJIB AMBIL. Sarapan jangan dilewatkan. Paling lambat biar sebelum sejam selepas kita bangun tidur sebab metabolisma kita akan turun bila lambat bersarapan.

Waktu Sarapan:~
(6pagi hingga 9pagi)

Sarapan pagi ambil yang tidak berminyak dan biar cukup keperluan untuk badan seperti karbohidrat kompleks, protein dan serat.

Karbohidrat ambil karbohidrat kompleks seperti Rolled oat (cari organic rolled oat terbaik, jangan instant oat ya). Roti gandum penuh.contoh terbaik canadian bread. Jangan bantai makan Nasi lemak. Aku cepuk jap lagi.

Protein pula ambil susu low fat, yang saya guna omega plus low fat dulu. Tapi sekarang saya beralih ke Skim low fat jenama sunlac sebab protein tinggi dan kalori rendah berbanding omega plus. Skim sunlac, 30gram tepung tu ada 10gram protein dan kalori dia 109kalori.

2. SNEK PAGI.
Waktu snek:~
(9pagi hingga 11pagi)

Sarapan dan snek pagi untuk bantu kita dari makan terlampau banyak ketika makan tengah hari.

Snek anda boleh makan buah, biskut jacob hi fibre cicah dengan kopi 0 tanpa gula, atau green tea tanpa gula.

Atau beli kacang gajus atau badam yang mentah kemudian grill pada suhu 180 darjah pada masa 10minit. Jangan beli yang dah siap sebabnya tak sihat dan ada hidden kalori.

Kuantiti kacang gajus yang saya makan ketika snek ialah 24gram bersamaan 137kcal. Jangan kau ingat snek kau makan potato chip. Tu pedih namanya.

3. MAKAN TENGAH HARI
Waktunya:~
(12tengah hari hingga 4petang)

Masa ni kita kena ambil yang cukup untuk badan kita.Kena ada karbohidrat, protein dan serat.
Ingat Karbohidrat ambil kurang segenggam untuk turun berat badan dan segenggam untuk kekalkan berat badan. Yang ini Cikgu Kevin Zahri ajar.

Boleh kenyang ke?
Boleh dengan cara baca doa dahulu,kemudian makan dengan tenang. Kunyah sampai lumat baru telan. Guna peraturan 20minit. Otak akan hantar isyarat yang menunjukkan kita kenyang adalah dalam masa 20minit.

Ikut sunnah Nabi Muhammad SAW kita. Berhenti sebelum kenyang. Jangan gelojoh. Nak tahu kita ni gelojoh ke atau tidak. Kita boleh habiskan makanan kurang dari 20minit.

Protein boleh ambil dari ayam, tetapi ayam ambil bahagian dada sahaja dan buang kulit. Sebab bahagian dada tinggi protein dan rendah kalori.

Manakala sayur ambil sayur hijau. Makan la banyak manapun sebab sayur hijau terbaik. Kalau tak biasa makan sayur minima 5 gram sayur tetap kena ada dalam makanan kita. Elak sayur bergoreng. Terbaik ulam ulaman. Saya punya Kegemaran ialah daun salad, kacang botol, pucuk ubi, brokoli, kangkung, timun dan petai.

Ingat, nak kurus WAJIB MAKAN SAYUR.


4. SNEK PETANG
Waktunya:~
(4petang hingga 6petang)

Sama macam snek pagi.

5. MAKAN MALAM
Waktunya:~
(6ptg hingga 8mlm)

Sama macam makan tengah hari.

6. SUPPER
Waktunya:~
(10malam hingga 11malam)

Masa ni minum susu terbaik sebelum tidur.

Kata Cikgu kevin Zahri, orang yang minum susu lebih cepat kurus berbanding orang tidak minum susu. Lagi satu, susu itu sunnah Rasulullah SAW.

Cara untuk elak buncit dan untuk penghadaman yang bagus.
Minum air segelas sebelum makan dan selepas makan 30 minit kemudian.

Kalau cara Tok Guru pondok, yang diajar ialah selepas makan minum 3 teguk sahaja (sikit sahaja). 2 jam kemudian baru boleh minum banyak. Cuba kau amalkan. Aku sudah amalkan sebab aku yakin dengan apa yang Ulama cakap dalam apa perkara kerana Ulama itu Warosatul Anbiya" (Pewaris bagi Para Nabi).

Terbaik lagi 15 minit sebelum makan tengah hari atau malam, dengan memakan buah dulu.
Manakala selepas makan pula, jangan makan buah pula.
Nasihat saya, buat dengan ilmu. Tak tahu tanya dan jangan bodoh sombong. In shaa Alloh.

AqSa Fitness

Comments