Pengantin Baru Dan Ibu Bapa Jangan Duduk Serumah. Ini Sebabnya..


Bagi pasangan pengantin baru, alam perkahwinan adalah suatu permulaan cabaran untuk hidup berdikari.

Ada yang menasihatkan supaya pengantin baru dan ibu bapa jangan duduk serumah.

Tetapi, ada pasangan yang tidak mampu untuk memulakan hidup dengan rumah sendiri, dan masih menumpang di rumah keluarga.

Mungkin kisah puan ini yang dikongsi di facebook mampu membuatkan kita berfikir sejenak:

_ _ _

Sekarang aku nak cerita kisah aku sikit. Lepas berkawan dengan bf aku setahun dia ajak kahwin. Perkara prtama yang aku tanya adalah nak duduk mana lepas kahwin. Aku tak ada nak bersweet-sweet plan anak berapa orang, nama anak apa yada yada yada.. dok cerita2 berangan buat apa! Face the reality… untuk membina keluarga baru perkara asasnya adalah tentulah sebuah rumah untuk tinggal dan bina bersama

Bukan nak suruh mata duitan kena beli rumah dulu ke apa ke. Menyewa dulu pun ok lah. Tak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekalipun. Nak bina keluarga nak kahwin keluar dari rumah family.

Aku sangat bertegas dalam hal ni sebab adik beradik aku ramai. Aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan aku. Mak aku memang tegas kalau anak-anak dah kahwin sila pindah keluar untuk adik-adik yang lain dapat bilik sendiri. Aku faham maksud mak aku bukan dia nak menghalau. Tapi nak kita laki bini ni ada tanggungjawab.

So suami aku 2 bulan sebelum majlis kahwin dah bayar deposit rumah sewa siap-siap. Pindahkan sikit-sikit barang-barang aku dari rumah parents just tinggalkan sikit-sikit jer baju yang nak pakai.

Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua bapa dia cakap dengan aku tak payah membazir menyewa, duduk jer rumah dia banyak bilik kosong (konon) lah. Ya. Memanglah banyak bilik kosong sebab abang dan kakak dia dah berkawin dan tinggal di negeri berbeza. Dua lagi adik dia kat asrama. Yang tinggal kat rumah tu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum jer tapi dengan suami aku cakap terus terang tak nak! Sebab apa, nanti bila time cuti sekolah ker dah sah-sah lah rumah tu penuh dengan yang dah kahwin tu pun balik jenguk mak dia. Habis kau rasa kau boleh selesa ker? Terus terang kalau kena menetap rumah mentua lepas kahwin baik tak payah kahwin dulu!

Baik duduk rumah mak bapak aku jer. Lagi selesa. Pls jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk lepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal untuk isteri ye.

Suami aku pun basic salary hanya 3 angka masa nak kahwin. Maka lepas bertunang kami tak selalu keluar. 3 bulan sekali baru jumpa. Dia pulun OT banyak-banyak. Sebab tahu nak ambil anak orang, pandai-pandailah dia cari jalan. Aku pun tak demand rumah tu mesti tersedia semua. Awal-awal kahwin mesin basuh pun tak ada.

Menyentallah aku basuh baju pakai tangan. Tapi tak per. Asal bukan serumah dengan mentua. Jangan salah faham ye bukan tak suka dengan Mother In Law (MIL) aku. Aku rapat jer dengan MIL dan ipar-ipar semua. Dan sebab nak jaga hubungan rapat tu lah aku tak mau duduk sebumbung sebab cara kita dibesarkn memang tak sama. Dah kalau kau membesar seperti angsa yang cantik serba serbi bersih sempurna. Pastu ko masuk dalam family yang macam ayam jenis berak merata. Nak tak nak kau kenalah jadi ayam sama! Inilah yang jadi kat si Liza tu.

Hikmahlah jugak si Liza tu tak ada anak. Sebab apa? Kalau setakat hidup berdua pun dah tak mampu nak sediakan rumah. Nanti anak dah 3 pun belum tentu ada rumah. Maka malam-malam dok berhimpit lah ko 5 beranak dalam bilik sama. Kat situlah baju kau, baju anak-anak kau. Tak rimas ker?

Kalau rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah tingkat rumah lagi banyak dari jumlah anak. Ini tidak….dah tau jumlah bilik pun tak sebanyak jumlah anak-anak yang ada kau pulak ada hati nak menyempit lagi dalam rumah tu. Tu bukan kata susah senang sama tapi cari penyakit.

Maaflah wanita semua sebab aku sangat mnyampah baca kisah menantu yang derita hidup rumah mentua sebab bagi aku kau yang pilih jalan tu awalnya jadi buat apa nak mengeluh. Untuk apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah awak dan suami awak yang bimbang untuk bina keluarga dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya.

Konon duduk rumah family sementara. Tapi sementara tu sampai bila? tunggu apa? hujan emas dari langit ker? Last-last kau yang mereput kat rumah tu meratapi nasib sedangkan kau yang menempah maut.

Aku ada jer kawan yang senasib Liza ni. Orang jauh pantai timur. Bf org Selangor. Puas aku nasihat tapi nak kawin jugak pastu tinggal dengan mentua. Ha… sekarang dah 5 tahun kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati. Makan tengahari jangan cakaplah…hari-hari bawak bekal. Kadang nasi kosong dengan telur goreng jer…kadang sayur kubis semata.

Dari raut wajah pun boleh tau lah yang dia tak gembira sebab zaman anak dara menyewa dengan kawan-kawan lagi gembira aku tengok. Paling aku kesian kita ni ada mak. Kadang mak tu teringin nak berjalan jenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini, bukannya datang rumah anak tapi ke rumah besan. Tak ke kesian tu.

Sekian nasihat daripada akak ni yang dah ke tahun ke 11 berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri.

Comments