8 Punca Anak-Anak Kurang Berkembang

8 Punca Anak-Anak Kurang Berkembang

Artikel 8 Punca Anak-Anak Kurang Berkembang ini dikongsikan oleh saudara Maryam Jamadi seorang Terapis Carakerja di Facebook beliau.

_ _ _ _ _ _ _ _ _

Memang setiap perkembangan anak berbeza, jikalau 24 jam buka tv dirumah.

Setiap kali anak menangis disuakan handphone.

Handphone dah jadi macam "bantal busuk" atau puting anak.

Dikurungnya pula di dalam baby cot 24 jam sambil tengok tv.

Makan bubur hingga umur 6 tahun.

Tiada komunikasi dengan anak dan sebagainya.

Tidak pernah bawa anak keluar berjumpa orang lain sebab takut berjangkit penyakit.

Nak atau taknak percaya saya cakap terpulang pada mak ayah. Tapi sini saya kongsikan kesan jangka panjang yang selalu saya jumpa:

1. Anak menangis ➡ Bagi handphone ➡ Anggap handphone sebagai ubat penenang ➡ Setiap kali menangis akan expect dapat handphone ➡ Tak dapat handphone ➡ Tantrum ➡ Speech delayed ➡ Tiada eye contact dan masalah sosial ➡ Masalah tingkah laku dan masalah mengurus emosi

2. Letak dalam baby cot 24 jam ➡ Kurang merangkak atau berjalan, duduk setempat ➡ Tak pandai melompat di umur 3 tahun ➡ Tak pandai naik turun tangga di umur 4 tahun ➡ Gross motor delay ➡ Speech delay ➡ Lenguh bila duduk lama di kerusi ➡ Masalah pembelajaran

3. Makan bubur hingga umur 6 tahun ➡ Kurang rangsangan oral motor ➡ Speech delay and picky eater

4. Gadget ➡ Tidak berminat main bola atau main permainan normal kanak-kanak ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Delayed fine motor ➡ Susah untuk menulis ➡ Masalah pembelajaran

5. Gadget atau tv ➡ Tidak dengar apabila nama dipanggil ➡ Masalah terhadap Auditory Filtering ➡ Tidak pandai menapis bunyi mana yang penting dan tidak penting ➡ Speech Delay dan masalah fokus ➡ Masalah potty train ➡ Masalah pembelajaran

6. Overprotective ➡ Semua tak boleh main ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Geli nak makan sendiri ➡ Tak pandai butang baju sendiri ➡ Geli nak cuci berak sendiri ➡ Fine motor delay ➡ Masalah potty training ➡ Masalah skil urus diri ➡Kurang keyakinan diri

7. Terlebih rangsangan bunyi dari gadget atau tv ➡ Tak pandai bezakan bunyi kuat dan bunyi perlahan ➡ Takut bunyi blender atau vacuum ➡ Speech delay

8. Semua mak buat sampai umur 6 tahun ➡ Makan bersuap ➡ Baju seluar dipakaikan ➡ Tidak pandai menulis ➡ Tak pandai makan sendiri ➡ Tak pandai baju seluar sendiri ➡ Pakai diaper ➡ "Tangan keras" tak pandai kutip benda halus ➡ Delayed fine motor

Bila setiap kali jumpa kes-kes diatas, saya jadi sedih. Sebab bagi saya kebanyakan berpunca dari kesilapan parenting, tapi lagi sedih ada mak ayah yang "denial" tak nak sedar kesilapan diri sendiri. Dibiarkan berlarutan tanpa belajar rawatan yang bersesuaian untuk anak. Bila dah umur 7 tahun baru kelam kabut, masa itu "tangan dah keras", "lidah pun keras" nak belajar. Progress jadi lambat berbanding anak yang dirawat seawal umur 2-3 tahun.

Ingat ya, anak dibawah umur 2 tahun belajar apa apa melalui rangsangan sensori. Ini bukan saya cakap, tapi Jean Piaget yang cakap melalui Teori Perkembangan Kognitif. Saya bukanlah teori person yang pegang pada semua teori tanpa amali. Ini semua berdasarkan pengalaman dah pemerhatian saya.

Saya pun bukanlah ibu yang perfect, ada juga tengok tv dengan anak. Tapi kalau dah Allah jadikan anak kita istimewa, lambat perkembangan redhalah. Tapi sebelum redha, banyakkan usaha untuk merangsang perkembangan dia. Letakkan tawakal selepas usaha. Jangan terlampau selesa dengan "setiap perkembangan anak berbeza" tapi di rumah tidak pernah merangsang perkembangan anak dan tidak membantu anak.

Kalau tidak tahu macam mana nak merangsang perkembangan anak, belajar dari orang yang sepatutnya bukannya dari Encik Google semata-mata. InsyaAllah pada 30 Julai 2017 (Ahad) ini saya akan menyampaikan seminar tentang isu parenting dari perspektif occupational therapist di Medan Selayang, Batu Caves. Kalau berminat boleh hubungi +60133880353 (Tuan Shukri).

Semoga bermanfaat, terima kasih.

ialu-alukan untuk "Like", "Follow", Tag pasangan dan Save page Maryam Jamadi untuk mengetahui isu parenting dari perspektif occupational therapist.

Maryam Jamadi
Occupational Therapist / Terapis Carakerja

Comments