Jika berhari raya di Kelantan, sudah pasti ada dihidangkan nasi dagang.
Kalau nak rasa bolehlah cuba resepi Nasi Dagang Kelantan style yang mudah dan sedap ni.
BAHAN-BAHAN:
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 ulas asam keping
- 1 sudu besar halba
- 1 mangkuk santan perahan perahan pertama
- 1 cawan santan perahan kedua
- 1 kilo beras nasi dagang
- 4 sudu besar gula.
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh beras nasi dagan seperti biasa. Kemudian rendam beras tersebut dalam air lebih kurang 4 - 5 jam.
2. Sementara itu, panaskan santan perahan pertama dalam periuk dan masukkan hirisan kecil bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Masukkan juga asam keping, garam secukup rasa, halba dan gula. Sentiasa kacau untuk elak dari hangus dan berketul. Bila masak, bolehlah tutup api.
4. Setelah beras siap direndam, bolehlah masukkan beras tersebut dalam kukusan dan kukus lebih kurang 20 - 30 minit.
5. Selepas itu, masukkan nasi dagang tersebut ke dalam satu bekas lain dan tuang juga santan perahan kedua.
6. Gaul rata hingga sebati.
7. Kemudian masukkan semula nasi dagang tersebut ke dalam kukusan dan kukus kali kedua lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
8. Setelah nasi dagang masak, bolehlah angkat dan masukkan semula ke dalam bekas lain.
9. Kali ini, campurkan dengan hasil rebusan untuk langkah 2 dan 3 tadi. Gaul rata hingga sebati.
10. Siap untuk dihidang dengan acar timun dan lauk gulai masak lemak udang atau masak lemak ikan tongkol.
VIDEO DEMO RESEPI NASI DAGANG KELANTAN:
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment