Ads Top

Resepi Gulai Masak Lemak Ikan Tongkol / Ayor

Resepi Gulai Masak Lemak Ikan Tongkol / Ayor



Kebiasaannya Resepi Gulai Masak Lemak Ikan Tongkol atau juga dipanggil ikan Ayor ni sedap di makan bersama nasi dagang.

Ditambah pula dengan acar timun, memang 'terangkat' habis.

Jom cuba!

BAHAN-BAHAN (4 orang makan):

  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 biji cili kering besar
  • 3 biji cili hijau besar
  • 2 liter santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 ulas asam keping
  • Ikan tongkol


CARA PENYEDIAAN:


1. Hiris bawang, kunyit dan cili kering besar dan masukkan ke dalam pengisar.
2. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga lumat.
3. Sediakan 2 liter santan dalam periuk dan masukkan juga 2 senduk hasil kisar tadi.
4. Kemudian, masak atas api dan sentiasa kacau untuk elak hangit.
5. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa, asam keping dan cili hijau besar.
6. Teruskan mengacau hingga sedikit mendidih.
7. Setelah itu, masukkan ikan tongkol.
8. Masukkan juga kerisik dan kacau rata.
9. Biarkan di atas api selama lebih kurang seminit ke 2 minit.
10. Kemudian, bolehlah dihidang.


VIDEO DEMO RESEPI GULAI MASAK LEMAK IKAN TONGKOL / AYOR:





Selamat mencuba!

No comments:

Follow Kami Di Facebook


Powered by Blogger.