Resepi Ayam Percik Mudah dan Sedap

Resepi Ayam Percik Mudah dan Sedap


Sesekali masak resepi ayam percik yang sedap ni memang menambat hati anak dan suami.

Cara penyediaannya pun mudah.

Cubalah!

UNTUK KUAH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ulas cili kering
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • Tepung jagung
  • Garam dan gula


CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia. Tambahkan sedikit air sebelum mengisar.

2. Kemudian sediakan sekotak santan dalam periuk di atas api sederhana.

3. Masukkan juga hasil kisaran tadi ke dalam periuk. Sentiasa kacau untuk elak hangus.

4. Sementara itu, masukkan secubit garam, serai dan 1 sudu besar gula. Teruskan mengacau.

5. Untuk kuah lebih pekat, masukkan 1 sudu teh tepung jagung.

6. Jika kuah telah mendidih dan pekat, bolehlah tutup api dapur.


UNTUK AYAM BAKAR

BAHAN-BAHAN (PERAP):

  • 4-5 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu teh garam

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumbuk bawang putih, kunyit hidup, halia dan garam di dalam lesung hingga hancur.
2. Setelah hancur, lumurkan bahan tadi kepada daging ayam dan biarkan sebentar.
3. Kemudian, bolehlah bakar ayam tersebut.
4. Jangan lupa ambil sedikit kuah percik tadi dan sapu di atas ayam semasa membakar.
5. Setelah masak, bolehlah hidang di atas pinggan dan tuang kuah percik tadi ke atas ayam bakar tersebut.


VIDEO DEMO RESEPI AYAM PERCIK:


Selamat mencuba!

Comments